Thursday, July 23, 2009

Mukaddimah

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬

Assalamualaikum w.b.t.

Pembuka bicara ku tutur, salam perkenalan ku hulurkan. Berdasarkan ayat di atas, penting nya untuk kita berta'aruf. Ta'aruf yang membawa maksud berkenalan lebih daripada sekadar satu konsep, malahan ta'aruf itu merangkumi saling bertukar-tukar fikiran, berkongsi idea dan masalah serta mengambil tahu akan mereka yang berada di sekililing kita. Konsep ta'aruf juga mengajar kita bukan sekadar mengenali kaum bangsa kita sendiri, malahan merangkumi batasan bangsa, agama dan budaya. Amat digalakkan untuk mengenali bangsa-bangsa lain serta mempelajari budaya mereka agar dapat dipelajari sesuatu yang baik dan seterus nya memajukan diri dan mereka yang berada di sekeliling kita.

Atas inisiatif ini, maka aku memulakan blog ini sekadar sedikit coretan hidup sebagai renungan dan mungkin juga pengajaran yang dapat diambil sekiranya ada sedikit kebaikan. Andai ada kesilapan atau tersentuh mana-mana pihak, jutaan maaf ku hulurkan terlebih dahulu. Insyaallah, aku akan cuba sedaya upaya untuk tidak menyentuh perbahasan peribadi mana-mana pihak agar tiada pihak yang terluka. Yang baik jadikan panduan, yang tidak elok, jadi kan panduan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Mukaddimah.

No comments:

Post a Comment