Tuesday, July 28, 2009

Makan-makan

Ya, inilah topik yang paling best bagi aku dan ditunggu-tunggu oleh semua. Ya kawan-kawan, tajuk kita pada kali ini ialah "makan-makan". Apa tajuk kita kali ini? Makan-makan, ya betul...

Maka, untuk mukaddimah pada kali ini, ku mulakan dengan aktiviti makan-makan pertama aku. Bertempat di Seksyen 7 Shah Alam, ku mulakan proses makan-makan pertama yang hebat pada hari ini. Aktiviti pertama makan-makan dimulakan dengan santapan nasi arab. Menu pilihan hari ini merupakan Lamb Kabsath. Set nasi arab bersama-sama dengan lamb (dalam BM lamb tu apa ek? Lupa lak...) beserta dengan sedikit sambal (rasa dan rupanya macam sambal) dan juga sup (nampak macam sup minyak sapi).

Untuk aktiviti kali ini, aku tidak keseorangan. Bersama-sama menjamu selera pada hari ini ialah penampilan istimewa En. Ikhwan (seorang jejaka yang tidak kurang kacaknya, ada iras-iras Fahrin Ahmad gitu dan masih single) dan juga En. Bob (seorang jejaka hati kering katanya tapi mengaku cute, ada lah kot). Dimulakan dengan Bismillah, kami mulakan suapan pertama kami yang penuh dengan enthusiasm. Lupa pula minuman, macam biasa masing-masing mencuba minuman baru iaitu Orange Lemonade, Milk Banana serta Limau Ais. Untuk Orange Lemonade, rasanya boleh tahan lah, tapi bagi Milk Banana sila lah rujuk kepada En. Ikhwan kita sebab tengok kepada keadaannya macam fear factor pun ada. Untuk pengetahun semua, sebenarnya program ini telah dirancang semenjak semalam lagi tapi hari ini boleh lupa pula. Nasib baik En. Ikhwan yang mengingatkan, itu pun sebab beliau mengidam nak makan nasi arab. Proses makan-makan kami berjalan dengan agak lancar tanpa sebarang gangguan daripada mana-mana pihak atau anasir luar. Kira-kira jam 1.30, kami bergegas pulang ke pengkalan. Juga terima kasih diucapkan kepada En. Ikhwan di atas kesudian beliau bagi menaja aktiviti makan-makan kami pada hari ini.

Ya, aktiviti makan-makan seterusnya pada hari ini diteruskan lagi dengan acara makan-makan di Kelana Jaya bersama isteri tersayang. Lokasi seterusnya merupakan sebuah restoren chinese muslim diberi nama Aladdin (bukan lampu Aladdin yer...). Lokasinya betul-betul di belakang Kelana Jaya foodcourt yang bersebelahan dengan pasaraya Giant. First impression, kedai ni nampak eksklusif juga sikit dengan hiasan ala-ala chinese begitu. Untuk menu kali ini pula, aku dan isteri telah memilih Xing Jiang Fried Rice (pedas-pedas gitu...) dan Fried Seafood RamenIce Lemon Tea. Komen untuk makanan kali ini, nasinya agak pedas juga dan mi nya pula bolehlah. Yang pasti, aku kekenyangan lagi. Harganya pula tidaklah begitu mahal dan bolehlah dicuba jika sesiapa berminat untuk mencuba chinese food.

Rasanya itu sahaja aktiviti makan-makan untuk hari ini. Episod seterusnya akan bersambung selepas ini di tempat yang lain pula dan dengan menu yang baru. Akhir kata, selamat menjamu selera bagi mereka yang tengah menjamu selera sambil membaca ruangan ini. (mee ramen dicampur dengan seafood) bersama dengan airnya

6 comments:

  1. keji siot tak ajak aku join sama!!! lagi2 di atas tajaan seorg artis!! maybe next time <= ditujukan khas kpd artis itu =)

    ReplyDelete
  2. En. Kamal, baca je artikel En. Kamal dah membuka selera saya, jangan lupa pergi sekali lagi ajak yea...kita konvoi ramai2.

    ReplyDelete
  3. sedap tuu..vote to lamb kabsah..
    nanti kita makan lagi sampai pening kepala.. hehe

    ReplyDelete
  4. cmacun: dah nama artis kan? takper len kali artis tu ajak lagi...
    abihaiqal: jangan risau, next time kita pergi berjemaah, lagi pun kedai meja tulis dah tutup...
    bobcute: dah pening aku makan lamb kabsah semalam...

    ReplyDelete
  5. en kamal.... cerita pasal company sikit... masok tajok tarbush le pula
    bila nak buka cawangan kat Brazil?

    ReplyDelete
  6. aburayyan: cerita apa tu? Tajuk pun makan-makan, kenalah cerita pasal makanan, kalau cerita pasal chinese food pun dah ada cover sikit-sikit tu.. cawangan kat brazil kena minta approve Sheikh dulu..

    ReplyDelete