Thursday, July 23, 2009

Kereta Rosak

Agak lama juga rasa nya tidak ada coretan di sini, maklumlah... agak sibuk sedikit dengan urusan duniawi (dipinjam dari blog bos ku... ahaks... jangan marah bos... nanti kena lelong). Tengok tajuk posting.... aku jadi gerun sikit... bukan apa... bila time kereta sendiri ni nak manja-manja, nescaya nya akan berlaku sedikit kekeringan lah kepada poketku ini... hahahaha... Ok2... sudah-sudah lah merapu tu... let's jump to the story morning glory (kredit kat mak nil... huahuahua....) Banyak sangat kredit ni, nanti depa ni tuntut royalti ngan aku haru lah...

The story went like this, few days before the real incident, aku sudah dapat merasai sesuatu kejadian akan berlaku... tiba-tiba lak air-cond kereta aku yang sejuk seperti di Kutub Utara tiba terasa macam berada di Gurun Sahara pula (adeih...)

Maka bergegas lah aku ke kedai air-cond kereta yang berhampiran, rata-rata semua cakap compressor problem. Aku pun ada lah juga serba-sedikit bertanya kepada Pakar Penjagaan Kereta di office iaitu Saudara Azmang (nama sebenar) mengenai perihal kereta ku itu. Maka, atas nasihat beliau, aku pun mula survey berapa lah agak-agak nya harga seketul compressor ni.

Pergh... memang harga semua nya tak ingat lah walaupun recond. Agak-agak bila lah Proton nak jual spare part kereta di negara sendiri ni dengan lebih murah. Pening aku beberapa hari di buatnya, bayang kan lah, kereta stop sahaja, dari environment Kutub Utara yang berais terus transform kepada Gurun Sahara yang panas. Kalau bergerak, terus convert jadi Kutub Utara balik.

Maka, pada suatu hari sabtu aku gagah kan kaki ke satu workshop kereta khas untuk wiring sahaja. Buat checking sikit, check blood pressure semua, rupa-rupa nya bukan compressor problem, tapi motor kipas nya tak bergerak langsung. Sayugia, terus ditukarnya motor kipas tersebut maka kembali lah kepada Kutub Utara. Tukar compressor ke, motor kipas ke, yang pasti nya, saving account aku pun ditolak juga lah walau pun dalam amaun yang berbeda.

Begitu lah cerita nya, so... moral of the story... jika kereta anda mengalami kerosakan, sila rujuk kepada beberapa doktor yang berkemahiran sebelum jump to conclusion. This one credit to En. Azmang.

Sekian sahaja coretan untuk kali ini, renung-renung kan lah dan selamat beramal.

3 comments:

  1. perghh..sudah jadi blogger boy siottt!!
    muhahahaha

    ReplyDelete
  2. beli keto lain jah kamal, keto hok tu mung tra g timbe kilo, tapi jange loni besi tengoh muroh, tunggu dio naik sikit.

    ReplyDelete