Saturday, July 25, 2009

Jaring

Arakian, maka tersebut lah kisah....

Adapun aku telah men"terminate" Maxis wireless aku disebabkan poor service. Maka beralihlah aku ke perkhidmatan Jaring. First time ambil tu, agak teruja juga lah. Jaring ni dia tak bagi HSDPA modem macam biasa, ada modem sendiri dari SOMA Networks. SOMAport 300 namanya (according to kad pengenalannya lah).


So far ok lah in term of speed, memang puas hati tapi sekarang kat area umah aku ni kerap sangat disconnect. Apa sebab pun entahlah (Hanya Tuhan Yang Tahu... credit to UNIC).

Maka petang tadi dengan berbekalkan beberapa fulus di dalam dompet, bergegas lah aku ke Low Yat untuk mencari router bersama-sama isteri tercinta (kesian dia hari ni, bukan setakat kena pergi low yat, malahan banyak tempat singgahan lagi). Sejurus sahaja sampai di sana, aku terus mencari-cari router yang mana harus dibeli. Disebabkan aku telah banyak kali menggunakan produk Level One, maka aku pun beli lah Level One Router juga model FBR-1415TX. Ada 4 port plus Parallel and USB Printer port. So, kalau ada printer yang pakai port-port tersebut, boleh lah dicucuk terus ke router ni.

Selesai sahaja urusan pembelian, terus pergi ke Kg. Baru (Food Paradise nama diberi... Credit to Mr. Muhammad who is one of my sempoi friend). Seperti biasa, datang ke tempat ni mesti pekena nasi campur dengan ikan bakar. Best... Harga pun tidak lah mahal sangat, berkenaan dengan aktiviti jalan-jalan cari makan ni, akan ku war-warkan dalam tajuk yang lain memandangkan tajuk makan-makan memerlukan pengolahan yang lebih panjang dan detail. Lagipun tajuk kali ini berkisar kepada Jaring Broadband.

Sesudah makan, aku pun terus bergerak balik tapi chup.... ada satu lagi tempat persinggahan. Kali ini ke rumah Pak Jo pula di Sungai Pusu. Sekali-sekala rasa aku ni macam YB pun ada... ahaks... Pak Jo hari ini buat kenduri sikit meraikan dua orang anak nya sempena sambutan hari jadi. Ada nasi dagang... memang favorite aku. Agak lama juga lah aku melepak di rumah beliau maklumlah sudah lama tidak ketemu. Agak-agak lepas Maghrib macam tu, baru lah aku bergegas pulang.

Jeng3... Ya... inilah masa yang ditunggu-tunggu. Masa untuk new router configuration. Berpeluh-peluh aku di buatnya, maklum lah... bukan kepakaran utama aku (Kena minta tunjuk ajar the sifus ni seperti Tun Sirap ke, Tan Sri Zaman ke, Dato Ashraf ke). Macam-macam cara dah aku try, satu pun tak berjaya.

Mula-mula set pakai Dynamic IP, tidak ada kejayaan disitu. Beralih pula kepada Dynamic, namun tidak kesampaian juga. Apa lagi, angkat telefon, terus buat panggilan talian hayat kepada En. Raf (nama sebenar, ex-office mate aku dulu, sempoi juga orang nya... masih single dan mencari... hehehe...). Atas nasihat beliau, ku cuba juga cara yang sama, tidak ada kejayaan lagi setakat ini.

Namun aku try lagi sekali, shut down router, shut down SOMA, tiba-tiba.... terus menjadi setelah aku set balik menjadi Dynamic IP. Alhamdulillah.... Patut lah tak dapat... Internet nya down. So far semua ok sehingga time aku update blog ni. Untuk rujukan sesiapa yang pakai Jaring Wireless Broadband, bersama-sama ini disertakan antara steps untuk configure menggunakan Level One Router.


  1. Open any internet browser.
  2. Enter the router IP supplied.
  3. Login as administrator.
  4. For me, I choose Basic Setting.
  5. Select Primary Setup.
  6. Make sure WAN type is Dynamic IP address.
  7. Make sure also DHCP is enabled.
  8. Click Save.
  9. Go to Toolbox, select Reboot.
  10. There you go, happy surfing...
Ini lah sahaja catatan malam ini untuk tatapan pembaca semua. Semoga anda semua dapat configure router Level One ni jika gunalah.

Sekian, terima kasih

3 comments:

  1. amboi...asal jalan mesti makan...asal makan mesti jalan...cuba la bawa2 berpuasa..hahahaha ;p

    ReplyDelete
  2. Adeih En. Adam... makanan dan jalan-jalan tak dapat dipisahkan... andai di pisah... pincang lah satu nya...

    ReplyDelete
  3. can you gv me the brand of the router which is suitable for this soma? i am planning to buy router so that the whole house can use it.

    ReplyDelete