
Agak-agak dalam pukul 8.30 camtu, maka sampailah aku ke tempat kejadian. Setelah berhempas pulas mencari dimanakah agaknya terletak tempat ni, akhirnya jumpa juga. Lokasinya bernombor 123, G2 Floor, dalam kawasan Marakesh (camtulah kot lebih kurang ejaannya). Bagi mereka yang tidak pernah sampai ke tempat ni, landmark paling senang adalah dengan mencari Jusco. Pastikan Jusco disebelah kanan anda, turun daripada escalator (jika anda parking di atas) terus sahaja hingga jumpa kawasan Marakesh di hujung sekali. Selepas itu masuklah ke kawasan tersebut dan carilah restoren itu di bahagian-bahagian belakang.

Pada malam ini, aku telah memesan satu set nasi biryani ayam bersama-sama dengan minuman teh arab (wah.. rasa pudina gitu). Mengikut penilaian peribadi aku, nasinya boleh tahanlah untuk 2 orang makan (aku dengan isteri, tu pun rasa tak cukup). Adunannya cukup, cuma terlalu banyak bunga cengkih (nasi biryani cengkih nama diberi oleh saudari Shima). Bersama-sama dengan nasi, disertakan juga sedikit kuah yang ala-ala masak kurma begitu dan sambal yang ada rasa-rasa masam pedas. Aneka buah seperti zaitun dan sayur seperti timun juga dihidangkan terlebih dahulu (kenapa rasanya masin sangat yer?) Tehnya pula boleh tahan jugalah dengan rasa pudina yang amat terasa.
Ya, tidak dilupakan penampilan-penampilan istimewa semalam terdiri daripada saudara Aiman

Kepada saudara atau saudari yang ingin mencuba masakan arab di tempat yang bolehlah dikatakan agak eksklusif juga, boleh cuba-cuba datang menjamu hidangan di Tarbush.
Akhir kata, selamat menjamu selera.