Tuesday, September 1, 2009

Kembali

Assalamualaikum semua,

SebelumRasanya sudah agak lama aku tidak mencoretkan bait-bait perkataan di blog ini, maklumlah urusan dunia yang tidak tahu dimana agaknya kesudahan. Dunia dikejar, akhirat jadi matlamat. ku ajukan pena ku membuat coretan, selamat menyambut Ramadhan diucapkan khas kepada semua pembaca-pembaca setia blogku yang tidak seberapa ini. Moga Ramadhan kali ini memberi kita seribu keinsafan dan menjadikan kita seorang mukmin yang lebih berjaya. Ramadhan karim.

Untuk 2 3 minggu ni aku agak sibuk dengan beberapa tugasan yang menjadi rutin harian dan aktiviti-aktiviti lain termasuk aktiviti balik kampung. Agak banyak juga peristiwa yang berlaku untuk 2 3 minggu ni.

dengan harKu mulakan dengan aktiviti makan-makan yang berlaku sehari sebelum bermulanya puasa pada tahun ini (atas permintaan En. Asraf Abdul Halim kita, tiada kena mengena dengan KRU yer walaupun beliau kalau dilihatkan seperti seorang artis). Maka, berlaku lah satu kejadian dimana aku telah dengan rasminya memulakan sesi makan-makan di sebuah lagi restoren arab di Cyberjaya. Diberi nama Al Baraka, terletak berhampiran dengan Neo Cyber. Hasil direction yang diberikan oleh saudara Sirap (tenkiu bro, tak sesat aku) maka sampai lah juga aku di kedai makan ini. Mula-mula menjejakkan kaki ke kedai ini, adalah terasa seolah-olah berada di Algeria hasil dendangan lagu-lagu arab dari sebelah sana dan bendera Algeria yang agak besar. Benda pertama yang harus dibuat semestinya lah menu. Agak banyak pilihan di sini dengan harga yang agak berpatutan dan nampak menyelerakan. Untuk menu kali ini, aku telah memilih Mandy Chicken. Saiz hidangannya boleh dikatakan agak memberansangkan. Nasinya bolehlah walaupun tidak banyak sangat, tapi ayamnya agak banyak. Disertakan bersama-sama 3 jenis sup yang mempunyai rasa berlainan setiap satu. Untuk bulan puasa ni, kedai ini menyediakan set buffetga RM25. Secara keseluruhannya, perut aku boleh terima makanan di sini dengan harga yang agak berpatutan dan sajiannya yang agak menyelerakan.

Untuk peristiwa seterusnya ialah aktiviti balik kampung. Aktiviti balik kampung kali ini agak menarik kerana setelah sekian lama tidak balik kampung dengan menaiki flight, kali ini balik kampung dengan flight gitu (nah... ciplak ayat Shima lak, amik ko merasa lah kena tuntut royalti pasni). Flight MH1338 dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu pukul 7.45 malam. Maka, pada hari tersebut bergegas lah aku ke Putrajaya Sentral dari office dengan bantuan En. Azmang yang memandu dengan kelajuan entah lah berapa km/h. Tapi usah khuatir kerana En. Azmang mempunyai lesen F1 dan dapat memandu kenderaan dengan penuh skill termasuklah 2 tyre driving. Sejurus sampai di Putrajaya Sentral, isteri ku telah menunggu dan kami terus menaiki ERL ke KLIA yang memakan masa labih kurang 18 minit. Sejurus menyelesaikan urusan check ini, kami terus masuk ke balai pelepasan untuk menunggu pesawat berlepas. Tepat jam 7.45, pesawat bergerak meninggalkan terminal dan lebih kurang dalam pukul 8.00 berlepas. Untuk kali ini, cuaca agak tidak elok beserta dengan kelajuan pesawat yang agak laju daripada biasa. Sepanjang berada di dalam pesawat, dapat dirasakan kesan gegaran yang agak lebih daripada biasa. Disebabkan kelajuan melampau pada malam itu, pesawat kami tiba di Kuala Terengganu pada pukul 8.20. Fuh, agak laju kerana pada kebiasaannya lebih kurang 45 minit untuk sampai. Alhamdulillah, yang penting tiba dengan selamat dan dapat menatap wajah keluarga.

Inilah antara coretan yang dapat kumuatkan untuk kali ini bagi tatapan semua pembaca, jika ada kelapangan lagi pada masa yang akan datang, akan ku coretkan lagi beberapa bait kisah-kisah menarik untuk tatapan semua.

Wasalam.

2 comments:

  1. oit!! aku nk tuntut royalti!! dh screen shot entry ko ni as bahan bukti..merasa laa kita jumpo di court!! ops!

    ReplyDelete