Tuesday, September 8, 2009

Iftor

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Alkisah, maka tersebutlah kisah. Warga MEDIU beramai-ramai berbuka puasa di Cyberjaya. Maka, tanggal 4/9/2009 bersamaan dengan hari Jumaat kami beramai-ramai telah menganjurkan iftor tahunan kami yang kedua bertempat di Restoren Al-Baraka, Cyberjaya. Berbekalkan RM25 seorang, kami dengan jayanya telah berhimpun untuk bersama-sama menjamu selera di restoren Arab tersebut.

Alhamdulillah, bagi acara kali ini sambutan amatlah menggalakkan dengan penyertaan seramai 21 orang yang terdiri daripada aku dan isteri, Shah dan pasangannya, Dato' K beserta orang rumah, Shariha bersama dengan suami dan anak kesayangan, Aznil dan Zwanzwan + 1, En. Izhar, En. Rizal, En. Ikhwan (penampilan istimewa selaku jurugambar professional dari MEDIU Daily), Kak Sharifah, En. Imam, Atul dan geng yang terdiri daripada Cik Azlinda, Cik Huwaida, Cik Halimah dan Cik Nyssa. Program bermula tepat bila azan berkumandang dengan dimulai sesi makan kurma dan disusuli oleh beratur beramai-ramai untuk mengambil main course yang terdiri daripada mandy dan kabsah beserta lauk pauk masakan Algeria gitu.

Uuntuk menu buffet kali ini terdiri daripadaa jenis-jenis nasi iaitu kabsah dan mandy beserta dengan lauk-pauk masakan ala algeria yang terdiri daripada ayam dan kambing. Dihidangkan juga bersama-sama ialah salad serta kuih-muih dan desert yang agak manis.



Secara keseluruhannya bolehlah disimpulkan bahawa hidangan yang disediakan memuaskan hati dan mungkin boleh ditingkatkan di masa-masa mendatang.


Apa yang paling menarik lagi ialah di akhir kunjungan kami di saat ingin pulang ke kediaman masing-masing, tokei kedai sempat bertanyakan kepadaku samaada kami semua yang datang merupakan satu keluarga kerana beliau melihatkan gelagat kami yang begitu rapat. En. Izhar sambil berseloroh mengatakan "we are one big happy family". Itulah dia semangat MEDIU, kemana sahaj mereka pergi, keakraban mereka seumpama satu keluarga.

Sekian, terima kasih... zzzz....

2 comments:

  1. tak sia2 aku tak join..tgk gambo mcm tak sedap!! haahhaha..tulaa wat event tanpa dpt permission dr haku..merasah situ!! hoho

    ReplyDelete
  2. sia2 lah ko tak join nyah... balak2 peberet ko semua ada aritu... yang taste ko tu...

    ReplyDelete