Saturday, August 1, 2009

One Year

Tajuk kali ni khas sempena ulangtahun pertamaku di salah sebuah organisasi dimana aku berkhidmat.

Untuk pengetahuan semua, pada hari ini 1 Ogos 2009 genaplah usia setahun aku menabur bakti dan khidmat kepada organisasi ini. Sempena setahun berkhidmat, begitu banyak yang telah aku pelajari dan praktiskan. Di sinilah juga tempat aku belajar bukan sahaja erti kesabaran, tetapi juga untuk menghormati rakan-rakan seperjuangan dan insan-insan lain sekelilingku.

Jika diikutkan kepada pencapaian aku disini, boleh aku katakan sumbangan aku masih sedikit jika dibandingkan dengan teman-teman seperjuangan lain yang telah lama berada di sini. People come people go, itulah ibaratnya yang boleh digambarkan kepada situati sekarang. Namun, organisasi tempat aku mencurahkan bakti masih kukuh berdiri dan menabur bakti kepada ummah. Jauh di sudut hatiku, aku dapat merasakan perjalanan masih jauh dan mempunyai harapan yang masih cerah. Kenapa aku merasakan begitu, kerana aku yakin dan percaya sesuatu yang kita lakukan untuk kebaikan ummah insyaallah hanya balasan yang terbaik akan dibalas seadil-adilnya. Itulah yang aku tanamkan dalam diriku, lakukan seikhlas hati, yakinlah pada balasan yang baik kerana tugas dalam memberi khidmat kepada ummah adalah satu tanggungjawab dan antara amanah yang paling besar dalam hidupku.

Ramai pernah bertanya kepadaku, kenapakah aku masih bertahan sehingga ke hari ini? Lantas aku menjawab, disebabkan benda-benda ini.

  1. Pesan ibuku. Memang aku daripada dulu, sifatku juga untuk menurut perintah kedua ibu bapaku. Walaupun kadang-kadang ada juga sedikit ketidak puasan hati. Ibuku telah berpesan agar aku terus kekal di sini dan pelajari segala ilmu yang dapat dijadikan panduan. Aku juga yakin dan percaya jika kita ikut kata-kata orang tua, insyaallah adalah balasan yang baik nanti.
  2. Pesan kawan-kawan dan juga orang tua lain. Kawan-kawanku mahupun jauh atau dekat dan juga orang tua-tua selain daripada ibu bapaku juga memberi nasihat yang serupa iaitu untuk terus kekal di sini dan terus menabur bakti kepada ummah.
  3. Tempat terbaik setakat ini. Sepanjang pengalaman aku bekerja, sebagai pendapat peribadiku. Di sinilah aku dapat merasakan suasana kerja yang bukan sahaja menyeronokkan malahan unik dan kami bekerja ibarat satu keluarga yang betul-betul rapat. Di sini jugalah aku dapat merasakan satu suasana dimana bukan sahaja keadaanya yang mencabar tetapi juga perlukan banyak kesabaran. Kenapa aku berkata sedemikian? Kerana di sini aku bukan sahaja berurusan dengan teknologi tetapi juga dengan manusia lain yang mempunyai hati dan perasaan.
Aku rasa agak panjang mukaddimah aku untuk kali ini, maklumlah sempena setahun ulangtahun pertama aku di organisasi ini, terpaksalah ku panjangkan sedikit mukaddimahnya. Bersempena ulangtahun pertama aku di sini, aku ingin mengmabil kesempatan untuk membuat sedikit ucapan yang tidak seberapa dan telah lama ku pendamkan. Sebenarnya agak lama juga inginku luahkan tetapi mencari masa yang sesuai ada lah penghalangnya. Baiklah, ku teruskan dengan ucapan-ucapan kepada mereka yang bagiku telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar kepadaku sepanjang berada disini terutamaya nya team mate aku.

  1. En. Irwan. Selaku bos aku yang best dan sempoi setakat ni. Terima kasih diatas segala tunjuk ajar dan peluang yang diberikan terutamanya kerana memberiku peluang untuk melakukan kerja yang aku suka lakukan. Thank you bos and happy belated birthday.
  2. En. Ikhwan. Selaku staf senior di sini (ada iras-iras Fahrin Ahmad gitu dan menjadi rebutan gadis-gadis disini) yang juga jiran sebelah partitionku yang selalu menghasut aku dengan ayam golek roslee. Thanks bro for all the knowledge given, I do appreciate it very much.
  3. En. Farihan. Ex staff (muka iras-iras Jehan Miskin gitu, nasib baik first time masuk dulu aku tak tanya dia ada bau-bau belacan ke dengan Jehan Miskin) yang aku selalu jumpa juga walaupun dah lama meninggalkan kami. En. Farihan ni memang terkenal dengan gaya machonya dan aset paling berharga for sure misainya lah.
  4. En. Fakhrul. Juga merupakan Ex staff dan baru sahaja melansungkan perkahwinan dengan gadis pilihan beliau baru-baru ini. Sorry bro tak dapat datang. Jangan marah daa....
  5. En. Syaiful. Ex staff yang terkenal robot-robot transformers nya. Ingay syaiful ingat transformers.
  6. En. Khairul. Ex staff yang otai dengan skill php nya.
  7. En. Firdaus. Masuk sekali dengan aku dulu budak cute ni, tapi praktikal jer lah. Dia habis praktikal, pastu tinggal aku sorang-sorang. Bro, aku jaga lagi amanah sandal ko.
  8. En. Hafiz aka George. Nama paling comel setakat ni yang aku boleh fikirkan sesuai dengan muka beliau yang cute-cute manja gitu. Juga merupakan jiran sebelah meja aku yang seronok dikacau.
  9. Cik Shima. Gadis brutal yang juga masuk sekali dengan aku dulu dan genap setahun juga. Terkenal dengan trademark "nyah" nya dan sukakan publisiti walaupun dah melepas hadiah harijadi beliau angkara aku malas nak naik ke pentas ambil hadiah beliau. Sorry nyah.
  10. Cik Azlinda. Owner ALIM kot, sebab yang aku tahu kalau bab-bab ALIM ni memang tak boleh kelentong beliau.
  11. Puan Salina. Sekarang merupakan usahanita yang agak berjaya dengan bisnes tudungnya walaupun aku sendiri tidak tahu samaada ROI dah achieve ke belum tu.
  12. Cik Sukaseh. Seorang yang pendiam dan hobi beliau belanja kami makan nasi lemak. Thank you yer Cik Su, lain kali boleh bawa lagi.
Itu merupakan ucapan istimewa untuk team mate aku dan seterusnya bakal menyusur pula untuk department lain pula.
  1. Marketing: Be Jamal, Farid (ex staff) dan Haida yang banyak berkongsi aktiviti makan-makan.
  2. Corporate Service: Shahnazim, Ahmad Zakaria, Rizal, Aween (yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata) selaku teman gosip.
  3. Call Centre: Hafeza(CRM), Fauzi(jambu), Aznil (mak nil) selaku teman sebowling.
  4. Admission: Azmang, Azlan, Azamiah, Ghazali(jali), Amin(papa min) yang banyak memberi sokongan dan galakan kepada aku.
  5. Library: Pak Jo(ex staff), Bro Latef dan Rabiyatul yang banyak memberi tunjuk ajar mengenai digital library.
  6. Endowment: Huwaida(hu) dan Nurul Hayati(yat) yang banyak bagi information mengenai scholarship.
  7. Student Service: En. Adam(ex staff) antara yang paling banyak hantar email dulu.
  8. TIS: Raja Fariz(sirap dol), Ashraf, Tan Sri Zaman, Izhar, Juraeimi(aka Tok Moh) and Sharizal(formerly known as En Boob) kerana menjaga server dari meletup.
  9. Learning Centre: Kak Sharifah, Shariha(bau-bau belacan aku dan telah di"transfer" ke akuarium) di atas kesudian membantu menyediakan online timetable.
  10. Academic: Fauzi(bukan Fauzi jambu, ex staff), Azwan(ex staff), Aiman(ex staff), Kak Aizar, Shuhaidah, Nyssa(new staff), Cik Limah(new staff), Puan Dida(new Staff) di atas kesudian membantu sesi bertugas pada hari Sabtu dan Ahad.
  11. Exam: Wan Arif, Fahmi(ex Staff), Cik Timah(new staff) diatas kesudian menggunakan elok-elok CBE.
  12. ISO: En Azmi(macam tak percaya pula dia seorang jer kat sini,namun.. percayalah...) di atas tazkirah setiap pagi jumaat.
  13. Courseware: Semua teman-teman tingkat 8 yang agak besar jumlahnya hinggakan kadang-kadang pun boleh lupa nama.
  14. Juga tidak dilupakan semua Non Malay staff.
Jika ada teman-teman yang membaca coretanku ini dan nama beliau tidak disebutkan, jutaan kemaafan dipohon di atas kekurangan ini kerana tidak bisa untuk aku mengingati nama kesemuanya.

Akhir kata, segala jasa dan tunjuk ajar yang telah saudara atau saudari berikan amatlah kuhargai. Jauh di sudut hatiku ini, tiada kata yang dapat diucapkan, tidak ada perbuatan yang mampu ku serlahkan bagi menyatakan betapa aku menghargai setiap tunjuk ajar dan hubungan kekeluargaan antara kita. Moga ALLAH membalas dengan sebaik-baik ganjaran kepada anda semua.

Sekian, terima kasih. Ma'as salamah.

12 comments:

  1. perghhh...baru setahun keje,ucapan dah berjela2 kalah PM..klu 10thn keje, aku sendri tak leh imagine...nntkan entry dlm blog aku plak ek..nways, thanks sudi jdi rakan gosip yg paling setia tak kira siang or mlm..ko mmg kaunter pengaduan!! hohoho

    ReplyDelete
  2. cmacun:tu tak tengok kalau aku menang anugerah AIM lagi tu. Kaunter penbgaduan aku memang buka 24x7... huahuahua..

    ReplyDelete
  3. muka ko mmg sebijik meja kaunter pon..kahkah
    haruskah aku tempah cupcakes lagi bagi meraikan anniversary 'kita'??? ops!!

    ReplyDelete
  4. camcun:takper, balik nanti aku pakai bedak banyak-banyak... harus sangat tu, wajib... bagi bos surprise lagi huahuahua....

    ReplyDelete
  5. aku kurt la bukan george...x comey lgsung nama yg bg kt aku :p

    ReplyDelete
  6. george:nama kurt tu ganas sangat ngan ang, tak sesuai, kalau george tu bunyi comel sket

    ReplyDelete
  7. *Oo..patut la hari tu ko tnya aku sapa lagi yg masuk dgn kita dulu ek..rupanya ko nak tulis entri ni ek..hehe..

    *Thanks bro sbb puji aku cute..haha

    *Thanks sbb ingat kat aku lagi..send regards pada sapa2 lagi yg kenal kat aku..

    *Simpan amanah aku baik2..kalo agak2 rindu kat aku, peluk jela selipar tu..aku x kisah...

    ReplyDelete
  8. Tahniah cik Kamal di atas anniversary ini.Panjang sungguh ucapan tu...heheh Majulah MEDIU utk ummah :-)

    ReplyDelete
  9. Hi Kamal, ko memang la.. aku bisnes diam2, ko kecoh2. Baru sebulan aku jalan bisnes agak lumayan jugaklah pulangannya.. justera itu,awaslah kalau tiba2 aku merajuk membawa diri, taulah ko mana nak carik aku. Setakat ni aku masih happy kerja kat sini, walaupun aku ngan Linda kerja dah hampir 2 tahun kat sini, tapi tak terpikir apa ucapan nak bagi kat korang.. nantilah aku pikirkan.. :).. apa2 pun ko memang antara raja gosip terhangat masa kini di MEDIU... caiyok.. caiyok..

    ReplyDelete
  10. ermm.. dah setahun ekk... aku dah nak 2 tahun.. cukup hujung tahun nih.. huhuhu.. walaupon slalu berniat nak berhenti.. tapi still dok sini.. walaupon ada jerk peluang lain yang datang.. huhuhu.. tetap macam suruh aku dok keja kat sini jerk :)

    ReplyDelete
  11. daus-san: aku taderlah kronik sampai nak peluk selipar ko tu, tapi upgrade ad alah, kasi tamabh turbo sket.
    linda: tenkiu2, biasalah, patut tunggu aku dapat anugeah AIM, lagi panjang ucapan tu.
    sutera14: adeih.. aku tolong wat free marketing untuk bisnes ko ni, pasni dapat kot 25%? Hehehe... gelaran raja gosip gitu ha...
    mizcurrent: takpa... lillahi ta'ala, yang penting niat, ikhlaskan hati, jujur dalam perbuatan, insyaallah ganjaran ALLAH yang kita dambakan...

    ReplyDelete
  12. Salam,
    nama aku pun ada? terharunya... tapi ko lupa letak 1 lagi role aku... pengsupply makanan... i.e. gegula, roti, tako dan banyak lagi...

    ReplyDelete