Saturday, August 8, 2009

Karnival IKIM ke-8

Assalamualaikum wbt,

Sekali lagi coretan hidup dimulakan dengan lafaz yang mulia. Untuk kali ini, coretanku akan berkisar mengenai satu lagi program yang aku sertai pada kali ini iaitu Karnival IKIM ke-8.

Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk meraikan sambutan ulangtahun ke-8 IKIM.fm. Bertempat di ibupejabat IKIM di Langgak Tunku, karnival ini telah diadakan bertujuan untuk meraikan peminat-peminat setia IKIM.fm disamping untuk memperkenalkan IKIM.fm kepada rakyat jelata amnya (sejak bila pula aku jadi pengulas untuk IKIM ni?).

Fokus seterusnya tentulah kepada penyertaan organisasi aku pada kali ini. Untuk kali kedua rasanya, aku sekali lagi mewakili organisasiku dalam memperkenalkan organisasiku kepada rakyat jelata amnya juga. Bagi kali ini, delegasi daripada organisasiku diwakili oleh beberapa jejaka tampan dan berkaliber iaitu Be Jamal(orang kuat apa-apa karnival, selaku otai dan tekong), Be Shahnazim(cameraman merangkap pakar logistik dan babysitter... hehehe...), En. Bob Cute(pen'cute' suasana dan peninjau), En. Imam dan En. Rahman(pasukan duo), Dato K dan Dr. Adil.

Acara bermula pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Antara pengisiannnya termasuklah persembahan nasyid oleh kumpulan-kumpulan nasyid terkenal di Malaysia seperti UNIC, Raihan, Mirwana dan lain-lain. Sempat jugalah bertemu dengan rakan-rakan lama Mirwana seperti Akmal(dah kahwin pun kawan aku seorang ni) dan Yusri(belum kahwin lagi, daripada dulu dengar ceritanya nak kahwin tapi belum kahwin juga). Ada juga acara bola jaring yang boleh disertai oleh pelawat-pelawat untuk mencuba nasib bagi mendapat hadiah-hadiah yang telah disediakan oleh penganjur.

Bertempat di kawasan pameran kami pula seperti biasa dikunjungi oleh orang-orang awam yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program yang ditawarkan serta cara pembelajaran kami yang unik. Alhamdulillah, berbantukan kepakaran delegasi kami, pengunjung-pengunjung berpuas hati dengan sesi penerangan kami yang agak panjang lebar (thanks to Be Jamal). Sesi live demonstration juga diadakan bagi memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai sistem pembelajaran yang dipraktiskan. Tidak dilupakan juga gerai kami dilawati oleh DJ radio IKIM.fm seperti Ust. Zamri dan Pn. Mona (selama ni dengar suara di corong-corong radio sahaja).

Seperti biasa, setiap acara atau pameran yang disertai tidak akan lengkap tanpa sesi makan-makan (kegemaranku ini...). Pada kali ini, kami berpeluang untuk mencuba masakan daripada Ani Sup Utara. Menu pilihan aku dan delegasi pada hari ini ialah kambing golek (wah gitu...). Kami telah memesan set kambing golek dan set nasi. Bagi set kambing golek, disertakan sekali ubi kentang dan garlic bread bersama-sama kambing yang dipanggang dan sos yang agak-agak manis (aku pun tidak pasti sos apa yang digunakan, nak dikatakan bbq atau black pepper tidak ada rasa di situ). Bagi set nasi pula, seperti biasa nasi putih beserta dengan dua keping timun, telur masin dan sambal belacan. Bagi kambing goleknya, bolehlah dikatakan ok jugalah tetapi ada bahagian kambing yang seperti terlebih masak. Ubi kentang sedikit keras dan garlic breadnya pun boleh tahanlah. So far, bagi overall performance keputusannya bolehlah, masih ada ruang untuk menambahkan lagi kick kepada menu sedia ada.

Selesai sahaja acara makan-makan, kami delegasi kembali ke gerai kami bagi menyambut pengunjung yang bakal tiba. Dari segi penyertaan pada karnival kali ini, tidak begitu banyak penyertaan pameran dan gerai. Pelawat-pelawat kali ini juga tidak seramai acara yang kami sertai sebelum ini. Tapi alhamdulillah, kami berjaya untuk mengadakan sesi penerangan kepada pelawat hingga ke akhir acara.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam acara kali ini, semoga berjumpa lagi dalam acara-acara yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

4 comments:

  1. hah kwn ko yg xkwen lagi tu silalah adjes ngn mak ek..leh mak tumpang glam!!! mak suke glam2 n blink2 ni..hehehe...klu laa faizal tahir tu single, mingle n triangle,dh lama mak paksa ko sruh adjeskan!! *matilaa ayat paksaan!!! hahahaha

    ReplyDelete
  2. cmacun: amboi nyah, pantang ko yer kalau yang bling2 ngan glam2 ni, nanti aku usha member2 aku yang mana lagi belum kawen ya? ahaks...

    ReplyDelete
  3. Kambing Lagi!!!! Rugi tak ikut.....

    ReplyDelete
  4. abihaiqal: hehehe... kalau datang aritupun boleh pekena kambing juga...

    ReplyDelete