Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali,
Untuk tatapan semua pada kali ini, ingin aku kongsikan pengalaman aku untuk hari ini:
8.30AM : Sampai di office dan meeting bersama bos.
9.30AM : Meeting bersama exco Selangor di bangunan SUK (bersama-sama Be Jamal).
11.00AM : Half Year Progress Meeting.
12.30PM : Sesi makan kabsah (Penampilan istimewa Ust. Basha, Ust. Zamir, YB Azmi, Dato K, Be Rizal dan En. Ahmad Zakaria) bersama pelawat tetap iaitu Be Jamal.
2.30PM : Testing Session for Web meeting bersama-sama dengan En. Izhar (single lagi budak ni).
4.30PM : Finishing Timetable Design Template for Saturday's and Sunday's Lecture.
5.40PM : Upload design to the server (thank you Salina kerana sudi menunggu, hehehe...)
6.30PM : Finishing Checklist and Feedback form for the lecture.
Bagaimana jadualku untuk hari ini? Memang penat, tapi moral of the story. If you really like your job, no matter how and no matter what, you will feel that your task is very exciting and enjoyable. I would also like to take this opportunity to thank you all for the support given.
Sekian, terima kasih.
Friday, August 14, 2009
Saturday, August 8, 2009
Karnival IKIM ke-8
Assalamualaikum wbt,
Sekali lagi coretan hidup dimulakan dengan lafaz yang mulia. Untuk kali ini, coretanku akan berkisar mengenai satu lagi program yang aku sertai pada kali ini iaitu Karnival IKIM ke-8.
Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk meraikan sambutan ulangtahun ke-8 IKIM.fm. Bertempat di ibupejabat IKIM di Langgak Tunku, karnival ini telah diadakan bertujuan untuk meraikan peminat-peminat setia IKIM.fm disamping untuk memperkenalkan IKIM.fm kepada rakyat jelata amnya (sejak bila pula aku jadi pengulas untuk IKIM ni?).
Fokus seterusnya tentulah kepada penyertaan organisasi aku pada kali ini. Untuk kali kedua rasanya, aku sekali lagi mewakili organisasiku dalam memperkenalkan organisasiku kepada rakyat jelata amnya juga. Bagi kali ini, delegasi daripada organisasiku diwakili oleh beberapa jejaka tampan dan berkaliber iaitu Be Jamal(orang kuat apa-apa karnival, selaku otai dan tekong), Be Shahnazim(cameraman merangkap pakar logistik dan babysitter... hehehe...), En. Bob Cute(pen'cute' suasana dan peninjau), En. Imam dan En. Rahman(pasukan duo), Dato K dan Dr. Adil.
Acara bermula pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Antara pengisiannnya termasuklah persembahan nasyid oleh kumpulan-kumpulan nasyid terkenal di Malaysia seperti UNIC, Raihan, Mirwana dan lain-lain. Sempat jugalah bertemu dengan rakan-rakan lama Mirwana seperti Akmal(dah kahwin pun kawan aku seorang ni) dan Yusri(belum kahwin lagi, daripada dulu dengar ceritanya nak kahwin tapi belum kahwin juga). Ada juga acara bola jaring yang boleh disertai oleh pelawat-pelawat untuk mencuba nasib bagi mendapat hadiah-hadiah yang telah disediakan oleh penganjur.
Bertempat di kawasan pameran kami pula seperti biasa dikunjungi oleh orang-orang awam yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program yang ditawarkan serta cara pembelajaran kami yang unik. Alhamdulillah, berbantukan kepakaran delegasi kami, pengunjung-pengunjung berpuas hati dengan sesi penerangan kami yang agak panjang lebar (thanks to Be Jamal). Sesi live demonstration juga diadakan bagi memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai sistem pembelajaran yang dipraktiskan. Tidak dilupakan juga gerai kami dilawati oleh DJ radio IKIM.fm seperti Ust. Zamri dan Pn. Mona (selama ni dengar suara di corong-corong radio sahaja).
Seperti biasa, setiap acara atau pameran yang disertai tidak akan lengkap tanpa sesi makan-makan (kegemaranku ini...). Pada kali ini, kami berpeluang untuk mencuba masakan daripada Ani Sup Utara. Menu pilihan aku dan delegasi pada hari ini ialah kambing golek (wah gitu...). Kami telah memesan set kambing golek dan set nasi. Bagi set kambing golek, disertakan sekali ubi kentang dan garlic bread bersama-sama kambing yang dipanggang dan sos yang agak-agak manis (aku pun tidak pasti sos apa yang digunakan, nak dikatakan bbq atau black pepper tidak ada rasa di situ). Bagi set nasi pula, seperti biasa nasi putih beserta dengan dua keping timun, telur masin dan sambal belacan. Bagi kambing goleknya, bolehlah dikatakan ok jugalah tetapi ada bahagian kambing yang seperti terlebih masak. Ubi kentang sedikit keras dan garlic breadnya pun boleh tahanlah. So far, bagi overall performance keputusannya bolehlah, masih ada ruang untuk menambahkan lagi kick kepada menu sedia ada.
Selesai sahaja acara makan-makan, kami delegasi kembali ke gerai kami bagi menyambut pengunjung yang bakal tiba. Dari segi penyertaan pada karnival kali ini, tidak begitu banyak penyertaan pameran dan gerai. Pelawat-pelawat kali ini juga tidak seramai acara yang kami sertai sebelum ini. Tapi alhamdulillah, kami berjaya untuk mengadakan sesi penerangan kepada pelawat hingga ke akhir acara.
Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam acara kali ini, semoga berjumpa lagi dalam acara-acara yang akan datang.

Monday, August 3, 2009
Excel 2007
Apa khabar semua?
Coretan kali ini sekadar sebagai panduan untuk mereka-mereka yang mengalami masalah dengan Excel 2007, fokusnya kepada Page Break Preview.
Yesterday, I encountered a problem whereas if I wished to move the blue dotted line in page preview to make sure that every cell fit in one single page, I couldn't do it. Let say if I moved to few cells to the right, it will not move or worst come to worst every single cell will be each single page. Just imagine if you have 30 rows and 30 columns, how much page should it automatically be? Wow... berjuta-juta lemon :).

I came through a useful website www.excelforum.com. One of guru there suggested this to me. Special thanks to Rob Brockett.
Wah, speaking gitu aku. Apa-apa pun, selamat mencuba.

- In case the blue dotted line in the page break preview is very stubborn to be moved. Do check the Page Layout>Page Setup>Scaling. Try select Adjust to or Fit to option.
- Or make sure that you already installed the printer first. Install any printer should do.
Wah, speaking gitu aku. Apa-apa pun, selamat mencuba.
Saturday, August 1, 2009
One Year
Tajuk kali ni khas sempena ulangtahun pertamaku di salah sebuah organisasi dimana aku berkhidmat.
Untuk pengetahuan semua, pada hari ini 1 Ogos 2009 genaplah usia setahun aku menabur bakti dan khidmat kepada organisasi ini. Sempena setahun berkhidmat, begitu banyak yang telah aku pelajari dan praktiskan. Di sinilah juga tempat aku belajar bukan sahaja erti kesabaran, tetapi juga untuk menghormati rakan-rakan seperjuangan dan insan-insan lain sekelilingku.
Jika diikutkan kepada pencapaian aku disini, boleh aku katakan sumbangan aku masih sedikit jika dibandingkan dengan teman-teman seperjuangan lain yang telah lama berada di sini. People come people go, itulah ibaratnya yang boleh digambarkan kepada situati sekarang. Namun, organisasi tempat aku mencurahkan bakti masih kukuh berdiri dan menabur bakti kepada ummah. Jauh di sudut hatiku, aku dapat merasakan perjalanan masih jauh dan mempunyai harapan yang masih cerah. Kenapa aku merasakan begitu, kerana aku yakin dan percaya sesuatu yang kita lakukan untuk kebaikan ummah insyaallah hanya balasan yang terbaik akan dibalas seadil-adilnya. Itulah yang aku tanamkan dalam diriku, lakukan seikhlas hati, yakinlah pada balasan yang baik kerana tugas dalam memberi khidmat kepada ummah adalah satu tanggungjawab dan antara amanah yang paling besar dalam hidupku.
Ramai pernah bertanya kepadaku, kenapakah aku masih bertahan sehingga ke hari ini? Lantas aku menjawab, disebabkan benda-benda ini.
Akhir kata, segala jasa dan tunjuk ajar yang telah saudara atau saudari berikan amatlah kuhargai. Jauh di sudut hatiku ini, tiada kata yang dapat diucapkan, tidak ada perbuatan yang mampu ku serlahkan bagi menyatakan betapa aku menghargai setiap tunjuk ajar dan hubungan kekeluargaan antara kita. Moga ALLAH membalas dengan sebaik-baik ganjaran kepada anda semua.
Sekian, terima kasih. Ma'as salamah.

- Pesan ibuku. Memang aku daripada dulu, sifatku juga untuk menurut perintah kedua ibu bapaku. Walaupun kadang-kadang ada juga sedikit ketidak puasan hati. Ibuku telah berpesan agar aku terus kekal di sini dan pelajari segala ilmu yang dapat dijadikan panduan. Aku juga yakin dan percaya jika kita ikut kata-kata orang tua, insyaallah adalah balasan yang baik nanti.
- Pesan kawan-kawan dan juga orang tua lain. Kawan-kawanku mahupun jauh atau dekat dan juga orang tua-tua selain daripada ibu bapaku juga memberi nasihat yang serupa iaitu untuk terus kekal di sini dan terus menabur bakti kepada ummah.
- Tempat terbaik setakat ini. Sepanjang pengalaman aku bekerja, sebagai pendapat peribadiku. Di sinilah aku dapat merasakan suasana kerja yang bukan sahaja menyeronokkan malahan unik dan kami bekerja ibarat satu keluarga yang betul-betul rapat. Di sini jugalah aku dapat merasakan satu suasana dimana bukan sahaja keadaanya yang mencabar tetapi juga perlukan banyak kesabaran. Kenapa aku berkata sedemikian? Kerana di sini aku bukan sahaja berurusan dengan teknologi tetapi juga dengan manusia lain yang mempunyai hati dan perasaan.
- En. Irwan. Selaku bos aku yang best dan sempoi setakat ni. Terima kasih diatas segala tunjuk ajar dan peluang yang diberikan terutamanya kerana memberiku peluang untuk melakukan kerja yang aku suka lakukan. Thank you bos and happy belated birthday.
- En. Ikhwan. Selaku staf senior di sini (ada iras-iras Fahrin Ahmad gitu dan menjadi rebutan gadis-gadis disini) yang juga jiran sebelah partitionku yang selalu menghasut aku dengan ayam golek roslee. Thanks bro for all the knowledge given, I do appreciate it very much.
- En. Farihan. Ex staff (muka iras-iras Jehan Miskin gitu, nasib baik first time masuk dulu aku tak tanya dia ada bau-bau belacan ke dengan Jehan Miskin) yang aku selalu jumpa juga walaupun dah lama meninggalkan kami. En. Farihan ni memang terkenal dengan gaya machonya dan aset paling berharga for sure misainya lah.
- En. Fakhrul. Juga merupakan Ex staff dan baru sahaja melansungkan perkahwinan dengan gadis pilihan beliau baru-baru ini. Sorry bro tak dapat datang. Jangan marah daa....
- En. Syaiful. Ex staff yang terkenal robot-robot transformers nya. Ingay syaiful ingat transformers.
- En. Khairul. Ex staff yang otai dengan skill php nya.
- En. Firdaus. Masuk sekali dengan aku dulu budak cute ni, tapi praktikal jer lah. Dia habis praktikal, pastu tinggal aku sorang-sorang. Bro, aku jaga lagi amanah sandal ko.
- En. Hafiz aka George. Nama paling comel setakat ni yang aku boleh fikirkan sesuai dengan muka beliau yang cute-cute manja gitu. Juga merupakan jiran sebelah meja aku yang seronok dikacau.
- Cik Shima. Gadis brutal yang juga masuk sekali dengan aku dulu dan genap setahun juga. Terkenal dengan trademark "nyah" nya dan sukakan publisiti walaupun dah melepas hadiah harijadi beliau angkara aku malas nak naik ke pentas ambil hadiah beliau. Sorry nyah.
- Cik Azlinda. Owner ALIM kot, sebab yang aku tahu kalau bab-bab ALIM ni memang tak boleh kelentong beliau.
- Puan Salina. Sekarang merupakan usahanita yang agak berjaya dengan bisnes tudungnya walaupun aku sendiri tidak tahu samaada ROI dah achieve ke belum tu.
- Cik Sukaseh. Seorang yang pendiam dan hobi beliau belanja kami makan nasi lemak. Thank you yer Cik Su, lain kali boleh bawa lagi.
- Marketing: Be Jamal, Farid (ex staff) dan Haida yang banyak berkongsi aktiviti makan-makan.
- Corporate Service: Shahnazim, Ahmad Zakaria, Rizal, Aween (yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata) selaku teman gosip.
- Call Centre: Hafeza(CRM), Fauzi(jambu), Aznil (mak nil) selaku teman sebowling.
- Admission: Azmang, Azlan, Azamiah, Ghazali(jali), Amin(papa min) yang banyak memberi sokongan dan galakan kepada aku.
- Library: Pak Jo(ex staff), Bro Latef dan Rabiyatul yang banyak memberi tunjuk ajar mengenai digital library.
- Endowment: Huwaida(hu) dan Nurul Hayati(yat) yang banyak bagi information mengenai scholarship.
- Student Service: En. Adam(ex staff) antara yang paling banyak hantar email dulu.
- TIS: Raja Fariz(sirap dol), Ashraf, Tan Sri Zaman, Izhar, Juraeimi(aka Tok Moh) and Sharizal(formerly known as En Boob) kerana menjaga server dari meletup.
- Learning Centre: Kak Sharifah, Shariha(bau-bau belacan aku dan telah di"transfer" ke akuarium) di atas kesudian membantu menyediakan online timetable.
- Academic: Fauzi(bukan Fauzi jambu, ex staff), Azwan(ex staff), Aiman(ex staff), Kak Aizar, Shuhaidah, Nyssa(new staff), Cik Limah(new staff), Puan Dida(new Staff) di atas kesudian membantu sesi bertugas pada hari Sabtu dan Ahad.
- Exam: Wan Arif, Fahmi(ex Staff), Cik Timah(new staff) diatas kesudian menggunakan elok-elok CBE.
- ISO: En Azmi(macam tak percaya pula dia seorang jer kat sini,namun.. percayalah...) di atas tazkirah setiap pagi jumaat.
- Courseware: Semua teman-teman tingkat 8 yang agak besar jumlahnya hinggakan kadang-kadang pun boleh lupa nama.
- Juga tidak dilupakan semua Non Malay staff.
Akhir kata, segala jasa dan tunjuk ajar yang telah saudara atau saudari berikan amatlah kuhargai. Jauh di sudut hatiku ini, tiada kata yang dapat diucapkan, tidak ada perbuatan yang mampu ku serlahkan bagi menyatakan betapa aku menghargai setiap tunjuk ajar dan hubungan kekeluargaan antara kita. Moga ALLAH membalas dengan sebaik-baik ganjaran kepada anda semua.
Sekian, terima kasih. Ma'as salamah.
Thursday, July 30, 2009
Tarbush
Alkisah, maka tersebutlah sebuah kisah, arakian... telah pergi aku ke sebuah restoren arab semalam 29/7/2009. Bertempat di Sunway Pyramid, maka sampailah aku semalam ke Tarbush bersama-sama rakan seperjuangan dan isteri tersayang.Agak-agak dalam pukul 8.30 camtu, maka sampailah aku ke tempat kejadian. Setelah berhempas pulas mencari dimanakah agaknya terletak tempat ni, akhirnya jumpa juga. Lokasinya bernombor 123, G2 Floor, dalam kawasan Marakesh (camtulah kot lebih kurang ejaannya). Bagi mereka yang tidak pernah sampai ke tempat ni, landmark paling senang adalah dengan mencari Jusco. Pastikan Jusco disebelah kanan anda, turun daripada escalator (jika anda parking di atas) terus sahaja hingga jumpa kawasan Marakesh di hujung sekali. Selepas itu masuklah ke kawasan tersebut dan carilah restoren itu di bahagian-bahagian belakang.
Sesampai jer di tempat kejadian, saudara Aiman telah sedia menanti (ingatkan aku yang paling lambat). Benda pertama yang harus ditengok semestinya menu lah. Wah... banyak betul hidangannya, kuharapkan adalah nasi arab tapi tidak ada tanda-tanda kewujudan nasi arab disini dan digantikan dengan nasi biryani bersama-sama ayam atau kambing.Pada malam ini, aku telah memesan satu set nasi biryani ayam bersama-sama dengan minuman teh arab (wah.. rasa pudina gitu). Mengikut penilaian peribadi aku, nasinya boleh tahanlah untuk 2 orang makan (aku dengan isteri, tu pun rasa tak cukup). Adunannya cukup, cuma terlalu banyak bunga cengkih (nasi biryani cengkih nama diberi oleh saudari Shima). Bersama-sama dengan nasi, disertakan juga sedikit kuah yang ala-ala masak kurma begitu dan sambal yang ada rasa-rasa masam pedas. Aneka buah seperti zaitun dan sayur seperti timun juga dihidangkan terlebih dahulu (kenapa rasanya masin sangat yer?) Tehnya pula boleh tahan jugalah dengan rasa pudina yang amat terasa.
Ya, tidak dilupakan penampilan-penampilan istimewa semalam terdiri daripada saudara Aiman
bersama temannya saudari Huwaida, saudari Shima bersama dengan pasangannya saudari Azlinda serta Puan Shariha bersama Suami dan anaknya. Adapun pelayan arab tidaklah diambil kira sebagai penampilan istimewa pada malam semalam.Kepada saudara atau saudari yang ingin mencuba masakan arab di tempat yang bolehlah dikatakan agak eksklusif juga, boleh cuba-cuba datang menjamu hidangan di Tarbush.
Akhir kata, selamat menjamu selera.
Waiyah
Untuk tajuk kali ini, kita masuk ke topik feeling-feeling pula ya? Kali ini sesi lirik pula, dalam bahasa arab ni, boleh lah tanya dengan pakcik Google untuk translation lebih kurang. Translation untuk bahasa Inggeris nya boleh didapati di bawah lirik asal, lebih kuranglah maksud nya. Special dedication to my wife...
That what i wished to get
And if by accident you could let me meet with her
My life opportunity and i lose it, Why?, it is not unreasonable
My eye in front of hers
That's more of what i dreamt with
It's the day which i am waiting for to say....
The life with her will get better and i am with her
That what i wish to
And what my eye could see
My sense say that she's most beautiful between people
It lets my heart to say, by quite we have found her
Yes, i'll say & repeat because she's close to me not far away
My heart's happiness like it is a celebration and it was waiting for it
The time came and i won't wait more
I must told her from long time that i picked her

my sense say that she's most beautiful between people

Lagu nyanyian Amr Diab dipetik daripada album terbaru beliau 2009-Waiyah. Bolehlah dapatkan album tersebut di pasaran. Dapatkan yang original.
ده الي كان نفسي فية
لو تيجي صدفة تجمعني بية
فرصه عمري اضيعها ليةمش معقول
عيني قدام عينة
ده اكتر من الي حلمت بية
ده اليوم الي انا مستنيه علشان اقـــــــــــــــــــــــــــول
وياة الحياة حتحلي وانا معاه
هو ده الي انا بتماناه
و العيني شايفة
احساس انه احلي و اغلي الناس
خلي قلبي يقولي خلاص اهدي بقي لقيناه
ايوة هقول و اعيد ما هو بقي جانبي ومش بعيد
فرحة قلبي كأنة عيد مستــــني
يلا اهو جه الاوان مش هستني ليوم كمان
لازم اقولة انا من زمان عيني علية

Tuesday, July 28, 2009
Makan-makan
Ya, inilah topik yang paling best bagi aku dan ditunggu-tunggu oleh semua. Ya kawan-kawan, tajuk kita pada kali ini ialah "makan-makan". Apa tajuk kita kali ini? Makan-makan, ya betul...
Maka, untuk mukaddimah pada kali ini, ku mulakan dengan aktiviti makan-makan pertama aku. Bertempat di Seksyen 7 Shah Alam, ku mulakan proses makan-makan pertama yang hebat pada hari ini. Aktiviti pertama makan-makan dimulakan dengan santapan nasi arab. Menu pilihan hari ini merupakan Lamb Kabsath. Set nasi arab bersama-sama dengan lamb (dalam BM lamb tu apa ek? Lupa lak...) beserta dengan sedikit sambal (rasa dan rupanya macam sambal) dan juga sup (nampak macam sup minyak sapi).
Untuk aktiviti kali ini, aku tidak keseorangan. Bersama-sama menjamu selera pada hari ini ialah penampilan istimewa En. Ikhwan (seorang jejaka yang tidak kurang kacaknya, ada iras-iras Fahrin Ahmad gitu dan masih single) dan juga En. Bob (seorang jejaka hati kering katanya tapi mengaku cute, ada lah kot). Dimulakan dengan Bismillah, kami mulakan suapan pertama kami yang penuh dengan enthusiasm. Lupa pula minuman, macam biasa masing-masing mencuba minuman baru iaitu Orange Lemonade, Milk Banana serta Limau Ais. Untuk Orange Lemonade, rasanya boleh tahan lah, tapi bagi Milk Banana sila lah rujuk kepada En. Ikhwan kita sebab tengok kepada keadaannya macam fear factor pun ada. Untuk pengetahun semua, sebenarnya program ini telah dirancang semenjak semalam lagi tapi hari ini boleh lupa pula. Nasib baik En. Ikhwan yang mengingatkan, itu pun sebab beliau mengidam nak makan nasi arab. Proses makan-makan kami berjalan dengan agak lancar tanpa sebarang gangguan daripada mana-mana pihak atau anasir luar. Kira-kira jam 1.30, kami bergegas pulang ke pengkalan. Juga terima kasih diucapkan kepada En. Ikhwan di atas kesudian beliau bagi menaja aktiviti makan-makan kami pada hari ini.
Ya, aktiviti makan-makan seterusnya pada hari ini diteruskan lagi dengan acara makan-makan di Kelana Jaya bersama isteri tersayang. Lokasi seterusnya merupakan sebuah restoren chinese muslim diberi nama Aladdin (bukan lampu Aladdin yer...). Lokasinya betul-betul di belakang Kelana Jaya foodcourt yang bersebelahan dengan pasaraya Giant. First impression, kedai ni nampak eksklusif juga sikit dengan hiasan ala-ala chinese begitu. Untuk menu kali ini pula, aku dan isteri telah memilih Xing Jiang Fried Rice (pedas-pedas gitu...) dan Fried Seafood RamenIce Lemon Tea. Komen untuk makanan kali ini, nasinya agak pedas juga dan mi nya pula bolehlah. Yang pasti, aku kekenyangan lagi. Harganya pula tidaklah begitu mahal dan bolehlah dicuba jika sesiapa berminat untuk mencuba chinese food.
Rasanya itu sahaja aktiviti makan-makan untuk hari ini. Episod seterusnya akan bersambung selepas ini di tempat yang lain pula dan dengan menu yang baru. Akhir kata, selamat menjamu selera bagi mereka yang tengah menjamu selera sambil membaca ruangan ini. (mee ramen dicampur dengan seafood) bersama dengan airnya

Subscribe to:
Posts (Atom)